Kedekutnya kita!

Alangkah kedekutnya kita Baru dapat ilmu sedikit Bangga sudah meleret-leret
Ego sudah tinggi melangit
Hinggakan lupa menyebut
"Alhamdulillah" atas segala nikmat
Bukankah Tuhan sentiasa menguji?
Tatkala diri sentiasa diberi
Jiwa mula meninggi diri
Pujian jua yang dicari..
Sedangkan Allah rindukan kalimah suci
Meniti di bibir Hambanya yang naif..
Pahala dapat dihulur
Darinya beroleh redha illahi
Semoga dengan ikhlasnya hati pada ilmu
Tersedarlah saudara kita yang leka
Bangkitlah saudara kita untuk beramal..


Kedekut itulah kita..
Tika masa senang singgah
Amat sedikit yang istiqamah
Jangankan bismillah dibaca
Alhamdulillah pun kerap lupa
Malah zikir semakin hilang
Sujud semakin berkurang
Tatkala susah menjelma
Sejadah mula digeledah
Panjangnya doa untuk meminta
Sedangkan Allah tidak kan mengecewakan hambaNya
Namun apakah yang kita minta?
Memohon derita pergi
Agar rezeki kemari?
Sungguh,Munafiknya diri!
Masa susah mula rapat pada illahi
Bila senang mula lupa diri
Jika pada susah kita merebut pahala
Jika pada susah kita perbanyakkan ibadah
Ingatlah andai masa senang tiba..
Bersyukurlah nikmat Allah yang tidak terkira
Merintihlah kerana takut diri tersisih
Bukan mengeluh hilangnya nikmat duniawi

Kedekutnya kita
Hidup bernafas dengan udara dariNya
Tapi solat cuma seminit dua
Mana selawat pada Rasulullah?
Mana doa pada ibubapa?
Mana AlQuran yang seharusnya dibaca?
Mana zikir dari bibirmu?
Untuk dunia..
24 jam seakan tak mencukupi
Namun untuk akhirat
1 jam seakan lama dihati
Pandangan tak berkedip pada TV
Namun resahnya diri tatkala membaca AlQuran ayat illahi
Katanya inginkan pahala
Katanya inginkan syafaat
Katanya inginkan akhirat
Tapi saat mati dingatkan
Telinga pekak buta pandangan
Alfatihah yang beribukali dibaca
Masih tidak tahu maknanya..
Astaghfirullah..
Itulah kita..

Tapi tamaknya kita!
Keburukan saudara jadi bualan utama
Sedekah yang dihulur jadi khabaran merata
Harta yang dikejar hingga lupa pada anak keluarga
Aurat didedah aib dibuka
Maksiat bukan lagi perkara biasa
Wanita ditindas lemah perkara kecil di mata
Anak kecil dibunuh hina kesian sekejap cuma
Dosa yang terkumpul banyaknya...
Entah bila baru terasa cukup?
Entah bila taubat itu wujud?
Katanya hidayah belum ada..
Masa itu belum tiba..
Diri belum bersedia..
Saat mati tiba..
Mampukah kita berkata?
Tunggu,aku belum bersedia!
Suruh Malaikat izrail tunggu..
Aku mahu bayar solatku!
Aku mahu kumpul pahalaku!
Aku mahu taubat padaNya!
Tamaknya diri pada ketentuanNya!
Neraka dan syurga bukan lakonan filem dan cerita
Syahadah dan solat bukan suis kecemasan dunia
Tapi itulah amaran dan pengajaran

Kebenaran akan terbela
kebatilan akan terhapus juga
Justeru,kedekutlah pada masa yang semakin meninggalkan kita
Kedekutlah pada mulut yang selalu mencemuh menghina
Kedekutlah pada pandangan yang menimbulkan fitnah dan zina
Biarlah kita tamak pada tuntutan fardhuNya
Biarlah kita tamak dengan Doa ikhlas pada Allah Swt
Biarlah Kita tamak dengan Selawat atas para Nabi dan Rasul junjungan
Biarlah kita tamak mengejar pahala dan RedhaNya
Kerana kita semua tahu
AKHIRAT pasti menanti..
Sedangkan SYURGA belum Pasti buat diri
Kedekutlah pada selekoh duniawi yang fana
Kerana ALLAH telah menetapkan Jalan lurus buat HambaNya..


:Bicara dari An~Nisaa yang Hina~
~Alangkah kedekutnya diri..andai membaca tanpa mata akal dan mata hati...
~ayuh muhasabah diri..Maafkanku andai terluka saudaraku!

Aku Bosan Dengan Cintaku...

Cinta aku buta...
Cinta membawa aku khayal dibuai angan
Meskipun suka atau duka
Aku tetap setia disampingmu
Sehingga aku tak tahu menilai yang mana intan
dan mana kaca...

Aku bangkit dari khayalku
Aku tersedar dari lenaku
Aku bosan dengan kamu
Aku bosan dengan amarahmu
Aku bosan dengan cemburu butamu...

Tingkahmu kini buat aku jadi separuh gila...
Tingkahmu membuatkan aku jadi tak tentu arah
Mahuku...
Biarkan aku bebas dari belengu cintamu
Jangan jadikan aku hamba cintamu
Aku ingin bebas seperti burung
Terbang bebas dari rantai kebosanan
Yang mengunci hatiku selama ini...

30 Tahun Pengalaman Penulis Hidup Berpoligami


Disusun oleh UMMU SOFWAH

Apa engkau tidak yakin ujian itu daripada Allah?


Hatta satu duri yang menikam kakimu, itupun berlaku kerana kehendak Allah. Inikan pula satu hal yang telah menghancurkan hatimu…

Pintalah pada Allah,apa yang engkau hendak sekarang. Segala keperluanmu itu ada pada Allah.Hatta pelekat untuk mencantum hatimu yang telah pecah itupun ada pada Allah. Penyejuk dadamu yang panas pun ada dan penenang kepalamu yang kacau itu juga ada.

Pendeknya Allah mempunyai segala-galanya. Sedang suami yang engkau harap-harapkan untuk berkongsi kebehagian itu, kesusahan dia sendiri pun tidak dapat diselesaikan kalau bukan dengan kehendak Allah…

Kalau begitu kenapa engkau bersempit dada. Pintalah kepada Allah agar suamimu bermurah hati untuk tidak lagi menyinggung perasaanmu dan yakinlah Allah boleh melakukannya. Bahkan soal yang lebih sulit daripada itu pun Allah boleh tolong, Cuma kalau Allah tidak tolong, itu bukan salah suamimu tapi kerana salahmu. Engkau tidak serius dengan Allah. Engkau banyak menyinggung perasaan orang kerana sikap sombong dan besar dirimu.

Dosa-dosamu bagaikan cendawan tumbuh membiak pada waktu hujan. Tumbuh lepas satu, satu. Itulah sebabnya Allah timpakan azab setimpal dengan kekejamanmu pada manusia atau pada Allah,supaya engkau mengingati kesilapanmu dan bertaubat daripada kejahatan itu. Bila itu sudah sudah kau capai, nanti engkau akan dapati Allah hantar suamipulang padamudengan senyum dan mesra bagaikan pengantin baru. Yakinlah hal ini dan berusahalah sampai engkau memperolehinya.

Apakah penyakit dan apa ubatnya?

Antara persoalanya:

Engkau sanggupkah dimadukan?
Bagaimana kalau engkau tidak dikasihi?
Kalau engkau selalu ditinggalkan, bagaimana?
Antara jawapannya:

Aku rela dimadukan di dunia, moga-moga aku tidak diceraikan di akhirat
Kenapa takut tidak dikasihi suami tapi tidak takut kerana tidak dikasihi Allah
Walaupun ditinggalkan tapi aku tidak keseorangan kerana aku sentiasa ada Tuhan yang Penyayang yang sentiasa membela aku

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA ANDA SEMUA.


Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakatuh. .

Daku bukanlah SUFI atau WALI untuk membaca fikiran anda sekelian..jadi maafkanlah andai ada tutur bicara mahupun tindak-tanduk ku yang mengguris perasaan kalian. Daku bukannya NABI mahupun RASUL, makanya aku tidak sempurna.Ku tidak luput dari dosa..Daku hanya manusia biasa yg sentiasa melakukan kesilapan jadi maafkan Daku kerana Daku tidak mampu memuaskan kehendak kalian semua.. dan aku tidak mampu menjadi manusia sempurna seperti apa yg kalian mungkin harapkan. Daku juga bukanlah MALAIKAT yang tidak punya perasaan apa-apa..jadi kadang kala aku bisa berasa gembira atau mungkin juga marah.Andainya itu terjadi dan kalian kurang menyenanginya, Daku susun jari memohon kemaafan..tidak terjangka itu yang bakal terjadi...

Mengenal Hizbut Tahrir

Salam sepi

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA